Kamis, 07 Agustus 2014

Suami, Isteri dan Tanggung Jawab

Indahnya hidup bersama Islam... lelaki dan wanita saling melengkapi.. tiada persaingan... tiada double standard... nilaian Allah pada amal dan taqwa...
Wahai lelaki... isterimu adalah amanah yang akan dipersoalkan di akhirat nanti bagaimana kamu menjaga amanah tersebut... anak-anakmu juga... adakah dididik dan dibasahi jiwanya dengan Islam...

Firman Allah :
"Dan bergaullah dengan mereka dengan cara yang patut. Kemudian apabila kamu tidak menyukai mereka (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal ALlah menjadikannya kebaikan yang banyak."  (An-Nisaa:19)

Nabi saw bersabda :
"Sesungguhnya yang termasuk golongan mukmin yang paling sempurna imannya ialah mereka yang baik budi pekertinya dan mereka yang lebih halus dalam mempergauli keluarganya (isterinya, anak-anaknya dan kerabatnya)."

Nabi saw bersabda :
"Takutlah kepada Allah di dalam memimpin isteri-isterimu, kerana sesungguhnya mereka adalah amanat yang berada di sampingmu; barangsiapa tidak memerintahkan shalat kepada isterinya dan tidak mengajarkan agama kepadanya, maka ia telah berkhianat kepada ALlah dan Rasul-Nya."

Diceritakan dari Nabi saw bahawa beliau bersabda :

"Barangsiapa sabar atas budi pekerti isterinya yang jelek, maka ALlah memberinya pahala sama dengan pahala yang diberikan kepada Nabi Ayyub a.s kerana sabar atas menerima percubaannya. Dan barangsiapa sabar atas budi pekerti suaminya yang jelek, maka ALlah akan memberikannya pahala sama dengan pahala Asiyah isteri Firaun."

Diceritakan dari Nabi SAW bahawa beliau bersabda pada waktu haji wida' setelah beliau memuji ALlah dan menyanjung-Nya serta menasihati para hadirin :
"Ingatlah (hai kaumku) terimalah pesanku utk berbuat baik kepada para isteri. Isteri-isteri itu hanyalah dapat diumpamakan kawanmu yang berada di sampingmu, kamu tidak bisa memiliki apa-apa dari mereka selain berbuat baik, kecuali kalau isteri-isteri itu melakukan perbuatan keji yang jelas (membangkang/tidak taat) maka tinggalkanlah mereka sendirian di tempat tidur dan pukullah mereka dengan pukulan yang tidak melukai. Kalau isteri-isteri itu taat kepadamu maka janganlah kamu mencari jalan menyusahkan mereka. Ingatlah! Sesungguhnya kamu mempunyai kewajipan terhadap isteri-isterimu dan sesungguhnya isteri-isterimu itu mempunyai kewajipan-kewajipan terhadap dirimu. Kemudian kewajipan isteri-isteri terhadap dirimu ialah mereka tidak boleh mempersilakan tempat tidurmu diinjak oleh orang yang kamu benci, dan mereka tidak boleh mengizinkan masuk ke rumahmu kepada org yg kamu benci.

Nabi SAW bersabda :
"Hendaklah kamu memberikannya makan apabila engkau sendiri telah menikmati makanan kamu, hendaklah kamu memberikannya pakaian setelah engkau sendiri berpakaian, janganlah engkau menamparnya di bahagian muka,tidak juga menyumpah seranahnya dan meninggalkannya berseorangan melainkan di dalam kawasan rumah kamu."  (Abu Daud)

5  Tanggungjawab suami :

1.      Menjadi pemimpin anak isteri dalam rumahtangga.
2.      Mengajarkan :
  1. ilmu tauhid supaya akidahnya betul dengan akidah ahli sunnah wal jamaah
  2. ilmu fiqah supaya segala ibadahnya betul dengan kehendak agama
  3. ilmu tasauf supaya ikhlas dalam beramal.

3.      Memberi makan, minum, pakai dan tempat tinggal dari wang dan usaha yang halal.
4.      Tidak menzalimi isteri iaitu dengan :
  1. memberi didikan agama yang sempurna
  2. memberi nafkah zahir dan batin secukupnya
  3. memberi nasihat serta menegur dan memberi tunjuk ajar jika melakukan maksiat dan kesalahan.
  4. bila memukul jangan sampai melampau.



Rujukan :
  1.. Muslimah Sejati(Darul Nukman)
  2.. Suami Isteri Yang Soleh (Klang Book Centre) 

Wanita Solehah

Wanita ibarat bunga... cantik indahnya pada pandangan mata hanya sementara... Yang kekal menjadi pujaan manusia, hanyalah wanita yang mulia akhlaknya... kerana akhlaq itu umpama bunga diri.. Tiada guna berwajah cantik tetapi akhlaq buruk.. tiada guna juga berwajah cantik tetapi hati kosong dari ilmu... Ibarat bunga.. ada yang cantik bila dipandang tetapi busuk baunya... Ada pula yang kurang menarik dan baunya juga kurang menyenangkan... Ada juga bunga yang tidak menarik pada pandangan mata kasar.. tetapi bila dihalusi dengan mata hati, ternyata amat tinggi nilainya....

Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita. Oleh yang demikian, Allah telah menetapkan hukumnya ke atas mereka; walaupun berat di pandangan mata si jahil dan ingkar tetapi ia adalah kemanisan iman yang dicicip oleh wanita solehah.

Kerana itulah... Sebagai anak, dia menjadi anak yang solehah... Sebagai remaja dia akan menjadi remaja yang berhemah.. sebagai isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya.. sebagai ibu, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih sayang... dan pastinya sebagai hamba Allah, dia akan menjadi hamba yang tunduk dan menyerah diri hanya kepada-Nya...

Islam tidak membezakan kedudukan atau darjat seseorang samaada mereka wanita atau lelaki melainkan berdasarkan ketaqwaan mereka kepada Allah...

Firman ALlah dalam surah an-Nisa', ayat 24 yang bermaksud... "Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun."

Rasulullah saw pernah bersabda yang maksudnya : "Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah." HR Muslim


Wanita Menurut Perspektif Islam

Dalam Islam wanita amat dihormati dan dihargai peranannya. Sebagaimana eratnya hubungan siang dan malam yang saling melengkapi, begitu juga lelaki dan wanita diciptakan untuk saling melengkapi. Setiap lelaki dan wanita memiliki tugas-tugas dan kewajipan-kewajipan yang berlainan, sesuai dengan fitrah masing-masing. Namun, matlamat hidup setiap lelaki dan wanita adalah sama, iaitu mencari redha Allah (Mardhatillah). Allah telah berfirman,

"Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun." An-Nisaa : 124. Rasulullah juga turut menyuruh umatnya supaya memperlakukan wanita sebaik-baiknya sebagaimana sabda baginda yang bermaksud :

"Mereka yang paling sempurna dikalangan mereka yang ikhlas adalah mereka yang mempunyai akhlak yang terbaik dan yang terbaik dikalangan kamu adalah yang paling baik terhadap isterinya." HR At-Tirmidzi Rasulullah saw telah memerintahkan supaya kaum wanita diperlakukan menurut fitrah ia dijadikan sebagaimana dalam sabdanya yang bermaksud....

"Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah terhadap kaum wanita kamu." Al-Bukhary dan Muslim


Terdapat perbezaan diantara pembawaan lelaki dan wanita yang tidak boleh dinafikan. Wanita secara fizikalnya lebih lemah dari kamu lelaki, oleh itu mereka tidak dapat melindungi diri merek dengan kekuatan mereka sendiri. Fitrah telah mengurniakan kepada wanita dua ciri iaitu kedegilan dan rasa malu yang merupakan dua senjata ampuh yang digunakan untuk memelihara diri mereka. Nilai sebenar wanita dalam Islam amat bertentangan dengan apa yang diperjuangkan oleh wanita Barat. Nilai wanita bukan terletak pada fesyen pakaiannya yang menonjol, berhias diri untuk memperlihatkan kecantikannya, tetapi hakikatnya ialah pada kesopanan, rasa malu dan keterbatasan dalam pergaulan.

Wanita menurut perspektif Islam adalah : Wanita diciptakan sebagai penenteram dan penyenang hati.

"Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah, Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya." Ar Ruum : 21

Wanita sebagai sumber kasih, sayang dan kelembutan.  "Dan dijadikan diantaramu rasa kasih dan sayang." Ar Ruum : 21

Wanita berperanan melahirkan zuriat dan memberi pendidikan. "Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenis-jenis kamu sendiri dan menjadikan dari isteri- isteri itu, anak-anak dan cucu-cucu." An Nahl : 72 

Wasiat Rasulallah SAW



Menjelang akhir Hayat Rasulallah s.a.w. yaitu pada tahun 10 Hijriah, Nabi Muhammad s.a.w. bersama seluruh Ummat Islam yang datang dari segenap penjuru, telah menunaikan Haji/'Umrah yang terakhir bagi Nabi s.a.w.yang disebutkan juga dengan Haji Wada' (Haji Perpisahan) karena setelah delapan puluh dua hari sesudah itu Rasulallah s.a.w. wafat meninggalkan dunia yang fana ini, kembali ke Ramatullah.

Nabi s.a.w. bersama Ummat Islam yang sangat ramai ketika itu (ratusan ribu) telah menyampaikan banyak pesanan kepada seluruh Ummat Islam untuk dilaksanakan. Khutbah Nabi s.a.w.di Padang Arafah (suatu kawasan padang yang luas, terletak di kaki Jabal Rahmah (bukit Rahmah), kira-kira 22 km sebelah tenggara kota Makkah). Wukuf di 'Arafah disebut juga dengan Hari 'Arafah (hari Perkenalan/Pertemuan).
Dalam Khotbah Nabi s.a.w. yang ditujukan kepada seluruh Ummat Islam ketika itu dan juga supaya disampaikan kepada seluruh Ummat Islam sekarang ini dan kepada seluruh Ummat Islam hingga qiamat (ketika alam dunia ini telah dihancur leburkan). Bumi dengan segala isinya telah hancur lebur. Gempayang dahsyat telah membuat segala apa yang ada dibumi ini menjadi puing ataupun runtuhan. Manusia ketika itu tidak tentu arah, masing-masing coba menyelamatkan diri mereka, tetapi kemana-manapun serupa keadaannya.
Masa itu adalah masa akhirnya bagi segala kehidupan dan kesenangan dunia, diganti dengan Kehidupan Akhirat, kehidupan yang abadi. Hari kiamat merupakan Hari Kebangkitan kembali, hanya Hukum Allah s.w.t. sahaja yang berlaku. Manusia terpaksa tunduk dan mempertanggung jawabkan akan segala apa yang telah mereka lakukan selama mereka hidup didunia. Oleh karena itu sebelum tibanya kiamat, masih ada kesempatan bagi seluruh Ummat Islam, memperhatikan dengan serius Khotbah Nabi s.a.w. ini untuk dilaksanakan, supaya kita terselamat didunia dan akan bahagia diakhirat Insya-Allah.
Dalam Khotbah Nabi yang mulia ini, Rasulallah s.a.w, berwasiat kepada seluruh Ummatnya ,antara lain Nabi bersabda: "Segala puji bagi Allah yang menguasai seluruh alam. Kami memujiNya. Kami mohon PertolonganNya, kami mohon keampunanNya akan segala dosa-dosa kami dan melahirkan taubat kami di hadapanNya. Kami mohon perlidungan daripada keburukan hati kami dan segala kejahatan yang telah kami lakukan. Sesiapa yang telah dipimpin Allah kejalan yang lurus, maka tiada seorangpun boleh menyesatkannya, dan barangsiapa yang tidak diberi petunjuk oleh Allah maka tiada siapa yang dapat memandunya kejalan yang benar".
Nabi s.a.w.menyampaikan wasiatnya ini kepada seluruh Ummat Islam dimanapun mereka berada ketika itu hingga berakhirnya alam yang fana ini.
Nabi bersabda lagi yang maksudnya: "Aku isytiharkan kebenaran ini bahwa tidak ada Tuhan lain, melainkan Allah dan aku isytiharkan kebenaran ini, bahwa Muhammad itu hambaNya dan RasulNya. Wahai hamba-hamba Allah, aku nasihatkan kamu supaya menyembah Allah. Aku mulakan kata-kata yang suci ini.
Selepas itu aku nyatakan kepadamu, wahai manusia! Dengarkanlah perkataanku dengan sebaik-baiknya ketika aku berucap, karena aku merasa aku tidak lagi berpeluang menemui kamu disini selepas tahun ini. Tahukah kamu semua hari apakah ini? Inilah hari Nahar, hari korban yang suci. Tahukah kamu semua bulan apakah ini? Inilah bulan suci. Tahukah kamu semua tempat apakah ini? Inilah tempat yang suci. Oleh karena itu aku sampaikan kepada kamu semua bahwa, darah dan harta kamu adalah diharamkan bagi seseorang terhadap yang lainnya".
Nabi s.a.w. melanjutkan khotbahnya: "Semuanya mesti kamu sucikan sebagaimana sucinya hari ini, sucinya bulan ini, sucinya tempat ini."

 Lalu Nabi s.a.w.melanjutkan ucapan beliau: "Hendaklah berita ini kamu sampaikan kepada orang-orang yang tidak hadhir ditempat ini." (oleh karena itu menjadi kewajiban pula bagi seluruh Ummat Islam yang ada sekarang ini dan selepas ini, supaya menyampaikan wasiat yang sangat penting ini kepada seluruh manusia, dengan segala daya yang ada pada kita). Sambil itu Nabi s.a.w. bertanya kepada Ummat yang hadir, "Adakah aku telah menyampaikan kepadamu semua? Ummat yang hadir menjawab dengan sepontan: "Memang benar, engkau telah menyampaikannya". Lalu Nabi s.a.w. memohon kesaksian dari Allah s.w.t: "Ya Allah! Saksikanlah." Nabi s.a.w.melanjutkan: "Wahai manusia! Sesungguhnya Tuhan kamu adalah satu, dan sesungguhnya kamu berasal dari yang satu. Semua kamu berasal dari Adam dan Adam berasal dari tanah. Wahai manusia dengarkanlah baik-baik apa yang telah kusampaikan kepadamu, semoga kamu akan bahagia untuk selama-lamanya dalam hidupmu. Wahai manusia, kamu hendaklah mengerti, bahwa orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka adakanlah perbaikan diantara sesama saudara."
Nabi s.a.w.melanjutkan khotbahnya dengan sabdanya: "Bukankah aku telah meninggalkan kepadamu panduan yang benar, dan bila kamu berpegang teguh dengannya, kamu tidak akan sesat selama-lamanya, yaitu al-Quran dan Sunnahku".
Rasulallah s.a.w. melanjutkan Khotbahnya: "Waspadalah atas segala apa yang telah kusampaikan,Ya Allah Engkaulah yang akan menjadi saksi atas kami!"
Nabi s.a.w.meneruskan sabdanya: "Barangsiapa memegang amanah, hendaklah dikembalikannya kepada pemiliknya! Jumlah faedah (riba) yang diambil dizaman jahiliyah hendaklah dibayar pada hari ini! Oleh karena itu, pertama sekali aku membayar tuntutuan bunga (riba) yang telah dibuat oleh bapak saudaraku (pamanku), Abbas bin Abdul Muttalib. Semua gelaran dan jabatan-jabatan di masa jahiliyah dihapuskan, kecuali Sadana (jabatan yang menguruskan ka'bah dan saqaya (jabatan yang membekalkan air kepada jemaah haji.)!"

"Pembunuhan yang dilakukan dengan sengaja, mestilah dibalas bunuh. Pembunuhan yang terjadi disebabkan tidak sengaja (bukan niat untuk membunuh) seperti menggunakan kayu atau batu, dendanya adalah seratus ekor unta. Barangsiapa yang menambahnya, maka itu dianggap sebagai amalan di zaman jahiliyah".

"Wahai manusia! Selepas tertegaknya sistem yang hak (benar), maka Syaitan akan hilang harapannya untuk disembah diatas muka bumi ini. Tetapi Syaitan akan bergembira sekiranya ia dipatuhi dalam dosa-dosa yang lain yang dianggap remeh !"

Rasulallah s.a.w.kemudian bertanya kepada jamaah yang hadir: "Adakah aku telah menyampaikan wasiatku ini kepadu kamu semua?"
Jamaah menjawab: "Ya, Rasulallah engkau telah menyampaikan pesanmu".
Nabi melanjutkan wasiatnya dengan memohon penyaksian dari Allah s.w.t. : "Ya Allah! Engkaulah yang menjadi saksi diantara kami !"

Rasulallah s.a.w. meneruskan khotbah beliau: "Wahai manusia! Wanita-wanita kamu, mempunyai beberapa hak keatas diri kamu, dan kamu juga mempunyai beberapa hak terhadap mereka. Adalah menjadi kewajiban terhadap mereka supaya tidak mengizinkan sesiapapun masuk ke dalam kamar tidur mereka kecuali kamu dan jangan membenarkan orang yang tidak kamu sukai, masuk kedalam rumah kamu. Mereka jangan melakukan zina. Jika mereka melakukannya, maka Allah membenarkan kamu memisahkan diri dari mereka. Keluarkan mereka dari kamar tidur kamu, dan kamu boleh memukul tubuh mereka dengan syarat  tidak meninggalkan bekas keatasnya".

 "Jika mereka berhenti dan mematuhi kamu, maka kamu bertanggung jawab untuk  menyara hidup mereka. Semestinya wanita berada di bawah perintah kamu dan tidak boleh bertindak sesuka hati mereka. Kamu telah mengambil mereka menjadi pasangan kamu sebagai amanah dari Allah s.w.t. serta menggunakan tubuh mereka dengan izin Allah. Oleh karena itu takutlah kepada Allah dalam hal wanita, dan asuhlah mereka dengan cara yang betul!"

"Wahai manusia! Ingatlah, aku telah menyampaikan wasiatku ini kepadamu.Ya Allah, Engkaulah yang menjadi saksi diatas kami".

Nabi s.a.w.melanjutkan khotbah beliau:"Wahai manusia, kamu hendaklah mengerti, bahwa orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka masing-masing kamu dilarang keras mengambil harta saudaranya kecuali dengan seizin hatinya yang ikhlas.Bukankah aku telah menyampaikannya ? Ya Allah! Saksikanlah!.

Selanjutnya Nabi s.a.w.bersabda:"Janganlah kamu setelah aku meninggal nanti kembali kepada kafir,dimana sebahagian kamu memainkan senjata untuk menebas batang leher kawannya yang lain.Bukankah aku telah meninggalkan untukmu panduan yang benar,bila kamu berpegang teguh dengannya, maka kamu tidak akan sesat,yakni kitab Allah (al-Quran). Wahai manusia !Sesungguhnya Tuhan kamu adalah satu,dan sesungguhnya kamu berasal dari satu bapak.Semua kamu dari Adam dan Adam dari tanah. Sesungguhnya orang yang paling mulia dari antara kamu semua adalah orang yang Taqwa.Tidak sedikitpun ada kelebihan bangsa Arab daripada yang bukan Arab,kecuali dengan taqwa.Wahai manusia bukankah aku telah menyampaikannya? Oh Tuhan saksikanlah !

"Maka hendaklah barang siapa yang hadir ditempat ini berkewajiban untuk menyampaikannya wasiatku ini kepada mereka yang tidak hadir." Ketika itu turunlah wahyu yang terakhir kepada Nabi kita s.a.w.yang bermaksud : "Pada hari ini Aku sempurnakan bagimu agamamu.Aku cukupkan nikmatKu untukmu dan Aku rela Islam itu menjadi agamamu." (Q.S.al-Maidah;3)

Jika kita Ummat Islam mematuhi Wasiat Rasulallah s.a.w ini Insya-Allah akan bahagialah hidup kita didunia dan di akhirat, amin. Oleh karena itu marilah kita usahakan memperbanyak salinan dari Wasiat Nabi s.a.w. dan sampaikanlah dengan seluas mungkin kepada seluruh Ummat Islam. Ini lebih baik kita lakukan daripada membuat surat layang berisi fitnah,adu domba antara satu dengan lainnya,yang boleh membawa bencana kepada seluruh Kesatuan dan Perpaduan Ummat manusia. Akhirnya kita berdo'a kehazirat Ilahi, semoga menyatupadukan seluruh Ummat Islam dimanapun mereka berada dan dengan berkat Perpaduan dan kerjasama ini Ummat Islam akan kembali mencapai Zaman gemilangnya.Insya-Allah, amin.


Ya Allah ampunilah segala kesilapan kami, terimalah amalan kami yang tidak seberapa, tolonglah kami untuk menjadi suatu Ummat yang menjadi contoh teladan yang baik dan berguna kepada Ummat lainnya, Amin ya Rabbal 'Alamin.

Wudhu

Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda :  Sesungguhnya umatku itu akan dipanggil pada hari kiamat dalam keadaan bercahaya wajahnya dan amat putih bersih tubuhnya dari sebab bekas-bekasnya berwuduk. Maka dari itu, barangsiapa yang dapat di antara engkau semua hendak memperpanjang- yakni menambahkan bercahayanya, maka  wajarlah ia melakukannya dengan menyempurnakan berwuduk itu sesempurna  mungkin.

Dari Usman bin Affan r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda : Barangsiapa yang berwuduk lalu memperbaguskan wuduknya, yakni memyempurnakan sesempurna mungkin, maka keluarlah kesalahan-kesalahannya sehingga keluarnya itu sampai dari bawah kuku-kukunya.
(Riwayat Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a. pula bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda : Sukakah engkau semua kalau saya tunjukkan akan sesuatu amalan yang dapat melebur semua kesalahan dan dengannya dapat pula menaikkan beberapa darjat?. Para sahabat menjawab : Baikah, ya Rasulullah. Beliau s.a.w. lalu bersabda : Yaitu menyempurnakan wuduk sekalipun menemui beberapa hal yang tidak disenangi, seperti telampau dingin dan sebagainya, banyaknya melangkahkan kaki untuk kemasjid dan menantikan salat sesudah melakukan salat. Itulah yang disebut ribath, iaitu perjuangan menahan nafsu untuk memperbanyakkan ketaatan pada Tuhan.
(Riwayat Muslim)


Dari Umar bin al-Khaththab r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya : Tiada seseorangpun dari engkau semua yang berwuduk lalu ia memyampaikan yakni memyempurnakan wuduknya, kemudian mengucapkan: Asyhadu alla ilaha illallah wahdahu la syarika lah, wa asyhadu anna Muhammadan 'abduhu wa rasuluh, melainkan dibukakanlah untuknya pintu syurga yang delapan buah banyaknya. Ia diperbolehkan masuk dari pintu manpun juga yang dikehendaki olehnya. (Riwayat Muslim) 

ZIYAARATUL QOBR....

Berikut adalah terjemahan kasar dari kitab Mandzorul Maut Wa Maa Ba'dal Maut, Halaman 54 & 55 & 56, oleh Khawajah Muhammad Islam (dialibahasakan ke Bahasa 'Arab oleh Haafiz Muhammad 'Abdullaah), Cetakan Matba'ah Al-Maktabah Al-'Ilmiyyah, 15 Syaari' Madrasah Al-Banaat, Lahore, Pakistan.

Fasal Yang Ketujuh Tentang Ziarah Qubur (Ziyaaratul Qobri) :

Adalah mustahab (sangat disukai) untuk menziarahi qubur pada setiap minggu. Dan yang paling afdhal ialah pada hari Jumu'at dan hari Sabtu dan hari Isnin dan hari Khamis dan malam Nisfu Sya'baan dan sepuluh hari pertama drp bulan Zulhijjah dan kedua hari 'Iid (kedua hari raya) dan sepuluh hari pertama drp bulan Muharram.

Dan drp Muhammad bin Waasi', telah berkata ia : Telah sampai kepadaku bahawa orang-orang mati (al-mautaa) adalah mengetahui akan zuwwaar (penziarah2/pengunjung2/visitors) mereka pada hari Jumu'at dan sehari sebelumnya serta sehari selepasnya. Dan adalah Nabi saw pergi menziarahi Syuhadaa` Uhud pada setiap tahun. Dan ini juga menjadi 'amalan Sayyidina Abu Bakar r.a. selepas wafatnya Baginda saw. Dan ini juga kemudiannya menjadi 'amalan Sayyidina 'Umar r.a. Sesungguhnya mereka berdua ini adalah menziarahi Maqoobir Syuhadaa` Uhud. Dan telah berkata Al-'Allaamah Ibnu Hajar Al-'Asqolaani rah.a. bahawa adalah menjadi suatu kesalahan untuk menghalang (mengabaikan) penziarah-penziarah qubur daripada menziarahi qubur-qubur atas alasan tidak sunyi (atau tidak terlepas) drp adanya golongan-golongan mubtadi'iin (pembid'ah2) dan golongan-golongan faajiriin (pencabul2/pema'siat2) dan atas alasan
tidak sunyi (atau tidak terlepas) drp adanya ikhtilaaturrijaali binnisaai (percampurbauran antara lelaki2 dan wanita2) di sekitar perkuburan (maqoobir), bahkan adalah dituntut supaya 'amalan menziarahi qubur-qubur itu sentiasa hidup berterusan. Dan penyelesaian yang paling baik adalah semua pihak hendaklah berpadu mencurahkan tenaga dan kekuatan dalam usha memperbaiki keadaan dan dalam usha mencegah muhdathaat (perkara-perkara yang baru). Dan adalah diharuskan bagi seorang perempuan tua/ber'umur ('ajuuz) untuk menziarahi qubur seandainya dia mahu mengingat akan mati dan mahu memperolehi/memindahkan/menghantarkan/meyampaikan pahala (iissooluththawaab).Dan adalah mustahab (disukai dan dianjurkan) bagi sesiapa yang ingin menziarahi qubur supaya bersolat naafil/sunat dua raka'at dahulu, hendaklah ia membaca dalam setiap raka'at akan Aayat Al-Kursiyy sekali dan Suurah Al-Ikhlaas tiga kali selepas bacaan Al-Faatihah dan berniat menyampaikan/menyambungkan pahala 'amalnya ini kepada simati (al-mayyit), juga supaya quburnya diberi nur. Kemudian setelah itu hendaklah ia pergi atau berangkat ke qubur dan menanggalkan kedua kasutnya dan hendaklah ia berdiri di hadapan qubur berkenaan dalam hal keadaan membelakangi qiblat dan hendaklah ia berkata ......(antara lain/mithalnya)....: " 'Alaikumussalaam yaa ahlalqobr !  Yaghfirullaahu lanaa wa lakum, Antum lanaa salafun wa nahnu bil ithr ! " [mafhumnya: Keatas kalian kesejateraan wahai ahli qubur ! Semoga Allah mengampuni buat kami dan buat kalian, Kalian adalah leluhur/predecessors kami (yakni kalian telah mendahului kami) dan kami pula adalah pengganti/successors kalian].  Jika mungkin hendaklah ia membaca Suurah Al-Faatihah dan Suurah Al-Baqorah drp permulaan hinggalah ke "Al-Muflihuun", dan Aayat Al-Kursiyy dan drp "Aamanarrasuul" hinggalah ke akhir Suurah Al-Baqorah itu, dan Suurah Yaasin dan Suurah Al-Mulk dan Suurah At-Takaathur dan Suurah Al-Ikhlaas sebelas kali atau tujuh kali dan selepas itu hendak ia berkata/berdoa :"Yaa Allah ausil thawaaba haazihil qiraa ah ilaa fulaan !"
[Maqsudnya : Wahai Allah sampaikan pahala bacaan ini kepada sifulaan !]. Telah berkata Abu Bakar bin Sa'iid bahawa adalah mustahab membaca Suurah Al-Ikhlaas sepuluh kali atau tujuh kali maka insyaAllaah simati itu akan mendapat keampunan jika sekiranya adalah ia seorang yang berdosa dan jika tidak sipembaca itu akan mendapat keampunan. Dan telah menerangkan para 'ulaama` bahawa setiap yang bersolat naafil/sunat tadi hendaklah juga berniat menyampaikan pahalanya kepada semua mu'miniin dan mu'minaat, dengan itu setiap mu'min dan mu'minah akan memperolehi pahalanya juga dan ini tidak akan mengurangi sedikit pun pahala orang yang bersolat tadi. Dan inilah dia Mazhab AhlisSunnah Wal Jamaa'ah. Adalah Sayyidina 'Umar r.a. telah mengerjakan 'Umrah bagi pihak Rasuulullaah saw (for the sake Rasuulullaah saw) pada setiap tahun. Dan adalah Ibnu Al-Muwaffiq (Al-Mufiq atau Al-Muwaffaq) rah.a. telah mengerjakan Haji bagi pihak Rasuulullaah saw (for the sake of Rasuulullaah saw) sebanyak 70 kali. Dan Ibnu As-Siraaj rah.a. telah mengkhatamkan pembacaan Al-Quraan Al-Kariim lebih drp 10,000 kali bagi pihak Rasuulullaah saw (for the sake of Rasuulullaah saw).

Al-Faaidah : Adalah mustahab berta'ziah kepada Soohibul Musiibah (orang yang menerimah musiibah) itu drp sa'at kematian hinggalah sampai tiga hari. Dan di'amkan ta'ziah itu kepada seluruh aqooribul mayyit (kaum qerabat simati) sama ada yang kecil, muda, besar dan tua. Dan adalah mustahab bagi yang berta'ziah untuk berkata/mengucap/berdoa : (mithalnya) " Ghafarallaahu ta'aala limayyitika wa tajaawaza 'anhu wa taghammadahu birahmatihi wa razaqoka as-sobra 'alaa musiibatihi !" [maqsudnya: Semoga Allah swt mengampuni buat simatimu itu dan sempga Allah swt mema'afkannya dan semoga Allah swt melimpahinya (menutupinya) dengan rahmatNya dan semoga Allah swt memberikan kpdmu kesabaran dalam menghadapi musiibahnya!]. Dan adalah tidak mengapa bagi Ahlil Musiibah (mereka yg menerima musiibah itu) untuk duduk tinggal di rumah atau di masjid buat selama tiga hari dan dalam hal keadaan orang ramai mengunjungi mereka dan berta'ziah kepada mereka. Dan adalah tidak dibolehkan untuk meraung dengan suara yang tinggi. Dan tangisan beserta riqqotul qolb (kehalusan dan kelembutan hati) adalah tidak mengapa. Juga tidak dianjurkan bagi lelaki untuk menghitamkan pakaian dan juga untuk mengoyak-ngoyakannya. Dan ada pun menghitam-hitamkan pipi dan tangan (taswiidul khuduudi wal aidii) dan merobek-robekkan poket (syaqqul juyuub) dan mencakar-cakarkan/menggaruk-garukkan muka (khadsyul wujuuh) dan mengembang-ngembangkan/menyerak-nyerakkan rambut (nasyrusysyu'uur) dan menabur-naburkan tanah (nathrutturaab) di atas kepala dan memukul-mukul akan paha dan dada (adhdhorbu 'alal fakhzi wassodr) adalah semuanya ini termasuk resam-resam jahiliyyah (rusuumul jaahiliyyah). Dan adalah tidak mengapa (malah dianjurkan) untuk menyediakan/menghantarkan makanan kepada ahli simati itu dan adalah tidak semubahnya bagi pihak simati itu menyediakan makanan dan keperluan bagi tetamu-tetamu yg datang buat selama tiga hari. Dan yang paling baik bagi pihak simati itu (sekiranya mereka mahu) ialah membahagi-bahagikan makanan kepada masaakiin (orang-orang miskin) dan muhtaajiin (orang-orang yang berhajat) dan berniat menyampaikan pahala kepada simati itu.

Demikianlah terjemahan kasar drp kitab berkenaan. Semoga sama-sama kita mengambil i'tibaar. Sekian. Wassalaamu'alaikum wrb., Al-faqiiru ilallaah.

p/s: Berdasarkan keterangan berkenaan, [1] Sayyidina 'Umar r.a. setiap tahun telah mengerjakan 'Umrah bagi pihak Rasuulullaah saw. Kita pula bagaimana ? Atau bagaimana ? [2] Ibnu Al-Muwaffiq rah.a. pula telah mengerjakan Haji bagi pihak Rasuulullaah saw sebanyak 70 kali. Kita pula bagaimana ? Atau bagaimana ? [3] Ibnu As-Siraaj rah.a. telah mengkhatam pembacaan Al-Quraan Al-Kariim lebih drp 10,000 kali bagi pihak Rasuulullaah saw. Kita pula bagaimana ? Atau bagaimana ? Untuk itu marilah kita merenung dan memikirkannya.....!



From:               "Jalil Omar" <jalil@fka.utm.my>