Berikut adalah terjemahan
kasar dari kitab Mandzorul Maut Wa Maa Ba'dal Maut, Halaman 54 & 55 &
56, oleh Khawajah Muhammad Islam (dialibahasakan ke Bahasa 'Arab oleh Haafiz
Muhammad 'Abdullaah), Cetakan Matba'ah Al-Maktabah Al-'Ilmiyyah, 15 Syaari'
Madrasah Al-Banaat, Lahore, Pakistan.
Fasal Yang Ketujuh Tentang Ziarah Qubur (Ziyaaratul Qobri) :
Adalah mustahab (sangat
disukai) untuk menziarahi qubur pada setiap minggu. Dan yang paling afdhal
ialah pada hari Jumu'at dan hari Sabtu dan hari Isnin dan hari Khamis dan malam
Nisfu Sya'baan dan sepuluh hari pertama drp bulan Zulhijjah dan kedua hari 'Iid
(kedua hari raya) dan sepuluh hari pertama drp bulan Muharram.
Dan drp Muhammad bin Waasi',
telah berkata ia : Telah sampai kepadaku bahawa orang-orang mati (al-mautaa)
adalah mengetahui akan zuwwaar (penziarah2/pengunjung2/visitors) mereka pada
hari Jumu'at dan sehari sebelumnya serta sehari selepasnya. Dan adalah Nabi saw
pergi menziarahi Syuhadaa` Uhud pada setiap tahun. Dan ini juga menjadi 'amalan
Sayyidina Abu Bakar r.a. selepas wafatnya Baginda saw. Dan ini juga kemudiannya
menjadi 'amalan Sayyidina 'Umar r.a. Sesungguhnya mereka berdua ini adalah
menziarahi Maqoobir Syuhadaa` Uhud. Dan telah berkata Al-'Allaamah Ibnu Hajar
Al-'Asqolaani rah.a. bahawa adalah menjadi suatu kesalahan untuk menghalang
(mengabaikan) penziarah-penziarah qubur daripada menziarahi qubur-qubur atas
alasan tidak sunyi (atau tidak terlepas) drp adanya golongan-golongan
mubtadi'iin (pembid'ah2) dan golongan-golongan faajiriin (pencabul2/pema'siat2)
dan atas alasan
tidak sunyi (atau tidak
terlepas) drp adanya ikhtilaaturrijaali binnisaai (percampurbauran antara
lelaki2 dan wanita2) di sekitar perkuburan (maqoobir), bahkan adalah dituntut
supaya 'amalan menziarahi qubur-qubur itu sentiasa hidup berterusan. Dan
penyelesaian yang paling baik adalah semua pihak hendaklah berpadu mencurahkan
tenaga dan kekuatan dalam usha memperbaiki keadaan dan dalam usha mencegah
muhdathaat (perkara-perkara yang baru). Dan adalah diharuskan bagi seorang
perempuan tua/ber'umur ('ajuuz) untuk menziarahi qubur seandainya dia mahu
mengingat akan mati dan mahu memperolehi/memindahkan/menghantarkan/meyampaikan
pahala (iissooluththawaab).Dan adalah mustahab (disukai dan dianjurkan) bagi sesiapa
yang ingin menziarahi qubur supaya bersolat naafil/sunat dua raka'at dahulu,
hendaklah ia membaca dalam setiap raka'at akan Aayat Al-Kursiyy sekali dan
Suurah Al-Ikhlaas tiga kali selepas bacaan Al-Faatihah dan berniat
menyampaikan/menyambungkan pahala 'amalnya ini kepada simati (al-mayyit), juga
supaya quburnya diberi nur. Kemudian setelah itu hendaklah ia pergi atau
berangkat ke qubur dan menanggalkan kedua kasutnya dan hendaklah ia berdiri di
hadapan qubur berkenaan dalam hal keadaan membelakangi qiblat dan hendaklah ia
berkata ......(antara lain/mithalnya)....: " 'Alaikumussalaam yaa
ahlalqobr ! Yaghfirullaahu lanaa wa
lakum, Antum lanaa salafun wa nahnu bil ithr ! " [mafhumnya: Keatas kalian
kesejateraan wahai ahli qubur ! Semoga Allah mengampuni buat kami dan buat
kalian, Kalian adalah leluhur/predecessors kami (yakni kalian telah mendahului
kami) dan kami pula adalah pengganti/successors kalian]. Jika mungkin hendaklah ia membaca Suurah
Al-Faatihah dan Suurah Al-Baqorah drp permulaan hinggalah ke
"Al-Muflihuun", dan Aayat Al-Kursiyy dan drp
"Aamanarrasuul" hinggalah ke akhir Suurah Al-Baqorah itu, dan Suurah
Yaasin dan Suurah Al-Mulk dan Suurah At-Takaathur dan Suurah Al-Ikhlaas sebelas
kali atau tujuh kali dan selepas itu hendak ia berkata/berdoa :"Yaa Allah
ausil thawaaba haazihil qiraa ah ilaa fulaan !"
[Maqsudnya : Wahai Allah
sampaikan pahala bacaan ini kepada sifulaan !]. Telah berkata Abu Bakar bin
Sa'iid bahawa adalah mustahab membaca Suurah Al-Ikhlaas sepuluh kali atau tujuh
kali maka insyaAllaah simati itu akan mendapat keampunan jika sekiranya adalah
ia seorang yang berdosa dan jika tidak sipembaca itu akan mendapat keampunan.
Dan telah menerangkan para 'ulaama` bahawa setiap yang bersolat naafil/sunat
tadi hendaklah juga berniat menyampaikan pahalanya kepada semua mu'miniin dan
mu'minaat, dengan itu setiap mu'min dan mu'minah akan memperolehi pahalanya
juga dan ini tidak akan mengurangi sedikit pun pahala orang yang bersolat tadi.
Dan inilah dia Mazhab AhlisSunnah Wal Jamaa'ah. Adalah Sayyidina 'Umar r.a.
telah mengerjakan 'Umrah bagi pihak Rasuulullaah saw (for the sake Rasuulullaah
saw) pada setiap tahun. Dan adalah Ibnu Al-Muwaffiq (Al-Mufiq atau Al-Muwaffaq)
rah.a. telah mengerjakan Haji bagi pihak Rasuulullaah saw (for the sake of Rasuulullaah
saw) sebanyak 70 kali. Dan Ibnu As-Siraaj rah.a. telah mengkhatamkan pembacaan
Al-Quraan Al-Kariim lebih drp 10,000 kali bagi pihak Rasuulullaah saw (for the
sake of Rasuulullaah saw).
Al-Faaidah : Adalah mustahab berta'ziah kepada Soohibul Musiibah
(orang yang menerimah musiibah) itu drp sa'at kematian hinggalah sampai tiga
hari. Dan di'amkan ta'ziah itu kepada seluruh aqooribul mayyit (kaum qerabat
simati) sama ada yang kecil, muda, besar dan tua. Dan adalah mustahab bagi yang
berta'ziah untuk berkata/mengucap/berdoa : (mithalnya) " Ghafarallaahu
ta'aala limayyitika wa tajaawaza 'anhu wa taghammadahu birahmatihi wa razaqoka
as-sobra 'alaa musiibatihi !" [maqsudnya: Semoga Allah swt mengampuni buat
simatimu itu dan sempga Allah swt mema'afkannya dan semoga Allah swt
melimpahinya (menutupinya) dengan rahmatNya dan semoga Allah swt memberikan
kpdmu kesabaran dalam menghadapi musiibahnya!]. Dan adalah tidak mengapa bagi
Ahlil Musiibah (mereka yg menerima musiibah itu) untuk duduk tinggal di rumah
atau di masjid buat selama tiga hari dan dalam hal keadaan orang ramai
mengunjungi mereka dan berta'ziah kepada mereka. Dan adalah tidak dibolehkan
untuk meraung dengan suara yang tinggi. Dan tangisan beserta riqqotul qolb
(kehalusan dan kelembutan hati) adalah tidak mengapa. Juga tidak dianjurkan
bagi lelaki untuk menghitamkan pakaian dan juga untuk mengoyak-ngoyakannya. Dan
ada pun menghitam-hitamkan pipi dan tangan (taswiidul khuduudi wal aidii) dan
merobek-robekkan poket (syaqqul juyuub) dan mencakar-cakarkan/menggaruk-garukkan
muka (khadsyul wujuuh) dan mengembang-ngembangkan/menyerak-nyerakkan rambut
(nasyrusysyu'uur) dan menabur-naburkan tanah (nathrutturaab) di atas kepala dan
memukul-mukul akan paha dan dada (adhdhorbu 'alal fakhzi wassodr) adalah semuanya
ini termasuk resam-resam jahiliyyah (rusuumul jaahiliyyah). Dan adalah tidak
mengapa (malah dianjurkan) untuk menyediakan/menghantarkan makanan kepada ahli
simati itu dan adalah tidak semubahnya bagi pihak simati itu menyediakan
makanan dan keperluan bagi tetamu-tetamu yg datang buat selama tiga hari. Dan
yang paling baik bagi pihak simati itu (sekiranya mereka mahu) ialah
membahagi-bahagikan makanan kepada masaakiin (orang-orang miskin) dan
muhtaajiin (orang-orang yang berhajat) dan berniat menyampaikan pahala kepada
simati itu.
Demikianlah terjemahan kasar
drp kitab berkenaan. Semoga sama-sama kita mengambil i'tibaar. Sekian.
Wassalaamu'alaikum wrb., Al-faqiiru ilallaah.
p/s: Berdasarkan keterangan
berkenaan, [1] Sayyidina 'Umar r.a. setiap tahun telah mengerjakan 'Umrah bagi
pihak Rasuulullaah saw. Kita pula bagaimana ? Atau bagaimana ? [2] Ibnu
Al-Muwaffiq rah.a. pula telah mengerjakan Haji bagi pihak Rasuulullaah saw
sebanyak 70 kali. Kita pula bagaimana ? Atau bagaimana ? [3] Ibnu As-Siraaj
rah.a. telah mengkhatam pembacaan Al-Quraan Al-Kariim lebih drp 10,000 kali
bagi pihak Rasuulullaah saw. Kita pula bagaimana ? Atau bagaimana ? Untuk itu
marilah kita merenung dan memikirkannya.....!
From: "Jalil
Omar" <jalil@fka.utm.my>
Tidak ada komentar:
Posting Komentar