Wanita ibarat bunga... cantik indahnya pada pandangan mata
hanya sementara... Yang kekal menjadi pujaan manusia, hanyalah wanita yang
mulia akhlaknya... kerana akhlaq itu umpama bunga diri.. Tiada guna berwajah
cantik tetapi akhlaq buruk.. tiada guna juga berwajah cantik tetapi hati kosong
dari ilmu... Ibarat bunga.. ada yang cantik bila dipandang tetapi busuk
baunya... Ada pula yang kurang menarik dan baunya juga kurang menyenangkan...
Ada juga bunga yang tidak menarik pada pandangan mata kasar.. tetapi bila
dihalusi dengan mata hati, ternyata amat tinggi nilainya....
Wanita adalah makhluk Allah
yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan
wanita. Oleh yang demikian, Allah telah menetapkan hukumnya ke atas mereka;
walaupun berat di pandangan mata si jahil dan ingkar tetapi ia adalah kemanisan
iman yang dicicip oleh wanita solehah.
Kerana itulah... Sebagai anak,
dia menjadi anak yang solehah... Sebagai remaja dia akan menjadi remaja yang
berhemah.. sebagai isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan
hati suaminya.. sebagai ibu, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih
sayang... dan pastinya sebagai hamba Allah, dia akan menjadi hamba yang tunduk
dan menyerah diri hanya kepada-Nya...
Islam tidak membezakan
kedudukan atau darjat seseorang samaada mereka wanita atau lelaki melainkan
berdasarkan ketaqwaan mereka kepada Allah...
Firman ALlah dalam surah
an-Nisa', ayat 24 yang bermaksud... "Barangsiapa yang mengerjakan amalan
yang soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka
mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau
sedikitpun."
Rasulullah saw pernah bersabda
yang maksudnya : "Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang
solehah." HR Muslim
Wanita Menurut Perspektif
Islam
Dalam Islam wanita amat
dihormati dan dihargai peranannya. Sebagaimana eratnya hubungan siang dan malam
yang saling melengkapi, begitu juga lelaki dan wanita diciptakan untuk saling
melengkapi. Setiap lelaki dan wanita memiliki tugas-tugas dan
kewajipan-kewajipan yang berlainan, sesuai dengan fitrah masing-masing. Namun,
matlamat hidup setiap lelaki dan wanita adalah sama, iaitu mencari redha Allah
(Mardhatillah). Allah telah berfirman,
"Barangsiapa yang
mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang
beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau
sedikitpun." An-Nisaa : 124. Rasulullah juga turut menyuruh umatnya supaya
memperlakukan wanita sebaik-baiknya sebagaimana sabda baginda yang bermaksud :
"Mereka yang paling
sempurna dikalangan mereka yang ikhlas adalah mereka yang mempunyai akhlak yang
terbaik dan yang terbaik dikalangan kamu adalah yang paling baik terhadap
isterinya." HR At-Tirmidzi Rasulullah saw telah memerintahkan supaya kaum
wanita diperlakukan menurut fitrah ia dijadikan sebagaimana dalam sabdanya yang
bermaksud....
"Berlaku baiklah terhadap
kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok adalah
bahagian yang teratas, jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan
mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku
baiklah terhadap kaum wanita kamu." Al-Bukhary dan Muslim
Terdapat perbezaan diantara
pembawaan lelaki dan wanita yang tidak boleh dinafikan. Wanita secara
fizikalnya lebih lemah dari kamu lelaki, oleh itu mereka tidak dapat melindungi
diri merek dengan kekuatan mereka sendiri. Fitrah telah mengurniakan kepada wanita
dua ciri iaitu kedegilan dan rasa malu yang merupakan dua senjata ampuh yang
digunakan untuk memelihara diri mereka. Nilai sebenar wanita dalam Islam amat
bertentangan dengan apa yang diperjuangkan oleh wanita Barat. Nilai wanita
bukan terletak pada fesyen pakaiannya yang menonjol, berhias diri untuk
memperlihatkan kecantikannya, tetapi hakikatnya ialah pada kesopanan, rasa malu
dan keterbatasan dalam pergaulan.
Wanita menurut perspektif
Islam adalah : Wanita diciptakan sebagai penenteram dan penyenang hati.
"Dan diantara tanda-tanda
kekuasaan-Nya ialah, Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu
sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya." Ar Ruum :
21
Wanita sebagai sumber kasih,
sayang dan kelembutan. "Dan
dijadikan diantaramu rasa kasih dan sayang." Ar Ruum : 21

Tidak ada komentar:
Posting Komentar