Indahnya hidup bersama
Islam... lelaki dan wanita saling melengkapi.. tiada persaingan... tiada double
standard... nilaian Allah pada amal dan taqwa...
Wahai lelaki... isterimu
adalah amanah yang akan dipersoalkan di akhirat nanti bagaimana kamu menjaga
amanah tersebut... anak-anakmu juga... adakah dididik dan dibasahi jiwanya
dengan Islam...
Firman Allah :
"Dan bergaullah dengan mereka dengan cara yang patut.
Kemudian apabila kamu tidak menyukai mereka (maka bersabarlah) kerana mungkin
kamu tidak menyukai sesuatu, padahal ALlah menjadikannya kebaikan yang
banyak." (An-Nisaa:19)
Nabi saw bersabda :
"Sesungguhnya yang termasuk golongan mukmin yang
paling sempurna imannya ialah mereka yang baik budi pekertinya dan mereka yang
lebih halus dalam mempergauli keluarganya (isterinya, anak-anaknya dan
kerabatnya)."
Nabi saw bersabda :
"Takutlah kepada Allah di dalam memimpin
isteri-isterimu, kerana sesungguhnya mereka adalah amanat yang berada di
sampingmu; barangsiapa tidak memerintahkan shalat kepada isterinya dan tidak
mengajarkan agama kepadanya, maka ia telah berkhianat kepada ALlah dan
Rasul-Nya."
Diceritakan dari Nabi saw
bahawa beliau bersabda :
"Barangsiapa sabar atas budi pekerti isterinya yang
jelek, maka ALlah memberinya pahala sama dengan pahala yang diberikan kepada
Nabi Ayyub a.s kerana sabar atas menerima percubaannya. Dan barangsiapa sabar
atas budi pekerti suaminya yang jelek, maka ALlah akan memberikannya pahala
sama dengan pahala Asiyah isteri Firaun."
Diceritakan dari Nabi SAW
bahawa beliau bersabda pada waktu haji wida' setelah beliau memuji ALlah dan
menyanjung-Nya serta menasihati para hadirin :
"Ingatlah (hai kaumku) terimalah pesanku utk berbuat
baik kepada para isteri. Isteri-isteri itu hanyalah dapat diumpamakan kawanmu
yang berada di sampingmu, kamu tidak bisa memiliki apa-apa dari mereka selain
berbuat baik, kecuali kalau isteri-isteri itu melakukan perbuatan keji yang
jelas (membangkang/tidak taat) maka tinggalkanlah mereka sendirian di tempat
tidur dan pukullah mereka dengan pukulan yang tidak melukai. Kalau
isteri-isteri itu taat kepadamu maka janganlah kamu mencari jalan menyusahkan
mereka. Ingatlah! Sesungguhnya kamu mempunyai kewajipan terhadap
isteri-isterimu dan sesungguhnya isteri-isterimu itu mempunyai
kewajipan-kewajipan terhadap dirimu. Kemudian kewajipan isteri-isteri terhadap
dirimu ialah mereka tidak boleh mempersilakan tempat tidurmu diinjak oleh orang
yang kamu benci, dan mereka tidak boleh mengizinkan masuk ke rumahmu kepada org
yg kamu benci.
Nabi SAW bersabda :
"Hendaklah kamu
memberikannya makan apabila engkau sendiri telah menikmati makanan kamu,
hendaklah kamu memberikannya pakaian setelah engkau sendiri berpakaian,
janganlah engkau menamparnya di bahagian muka,tidak juga menyumpah seranahnya
dan meninggalkannya berseorangan melainkan di dalam kawasan rumah
kamu." (Abu Daud)
5 Tanggungjawab suami :
1.
Menjadi pemimpin anak isteri dalam rumahtangga.
2.
Mengajarkan :
- ilmu tauhid supaya akidahnya betul dengan
akidah ahli sunnah wal jamaah
- ilmu fiqah supaya segala ibadahnya betul
dengan kehendak agama
- ilmu tasauf supaya ikhlas dalam beramal.
3.
Memberi makan, minum, pakai dan tempat tinggal
dari wang dan usaha yang halal.
4.
Tidak menzalimi isteri iaitu dengan :
- memberi didikan agama yang sempurna
- memberi nafkah zahir dan batin secukupnya
- memberi nasihat serta menegur dan memberi
tunjuk ajar jika melakukan maksiat dan kesalahan.
- bila memukul jangan sampai melampau.
Rujukan :
1.. Muslimah Sejati(Darul Nukman)
2.. Suami Isteri Yang Soleh (Klang Book
Centre)

Tidak ada komentar:
Posting Komentar